Perkembangan terkini pembinaan Maahad Tahfiz 'Ainuddin
Tarikh kemaskini: 23 March 2024
Mengenai kami
Maahad Tahfiz ‘Ainuddin merupakan sebuah tahfiz yang dirancang berkonsepkan
ilmu pengetahuan bukan sahaja dari aspek penghafalan Al-Quran tetapi kemampuan untuk memahami isi kandungan
didalam al-Quran serta kebolehan untuk mengaplikasi pendidikan Al-Quran didalam kehidupan didunia. Keutamaan
terhadap sistem pembelajaran di tahfiz ini berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta berpandukan hukum syarak dan
ijma’ para ulama. Tetapi untuk memastikan tahfiz ini mampu melahirkan golongan yang mempunyai kekuatan intelektual
dan berkemahiran pihak pengurusan tahfiz bercadang untuk menambahkan penekanan terhadap subjek akademik dan penambahan
ilmu dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Pemilihan nama 'Ainuddin
Gabungan antara nama AI dan NORDIN yang merupakan nama arwah atuk dan moyang kepada keluaga yang peneraju
Maahad Tahfiz ‘Ainuddin. Nama Ainuddin itu sendiri memberi makna yang KECANTIKAN AGAMA. Harapan dengan
meletakkan nama ini, mudah-mudahan allah swt membuka pandangan, jiwa manusia untuk melihat kepada agama(DEEN) dengan
kefahaman yang lebih mendalam, serta mengembangkan kecintaan kepada agama islam yang menjadi panduan kepada
orang yang beriman di dunia ini.
Visi
Al-Quran dan Ilmu pengetahuan membangunkan kualiti generasi berkepimpinan.
Misi
Memperkasakan daya intelektual dan nilai kemanusiaan dalam diri setiap umat
islam berpaksikan Al-Quran, As-sunnah dan hukum syarak serta Ijma’ para ulama.
Matlamat
• Melahirkan generasi muda yang tidak hanya menghafal Al-Quran, malah memahami dan mempraktikkan isi kandungan Al-Quran yang disampaikan dalam kehidupan seharian.
• Melahirkan generasi yang cintakan dan menghargai kepentingan ilmu untuk membentuk kesejahteraan dan keseimbangan hidup di dunia dan akhirat.
• Melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berkualiti serta mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan tamadun dimana islam berkembang tanpa meminggirkan teknologi.
• Menjadi tunjang kepada perkembangan ekonomi ummah.
• Menjadi satu badan yang bukan hanya membantu pelajar-pelajar tahfiz naungan malah memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
• Menjadi platform utama kepada pelajar lepasan tahfiz dan ahli persatuan dengan menyediakan jaringan maklumat dan peluang pekerjaan, sambung belajar atau perniagaan.
Harapan
Ainuddin pencetus melahirkan cendekiawan Islam di masa hadapan.
Pusat Pengajian
Lokasi: MAAHAD TAHFIZ 'AINUDDIN, LOT 38221 KAMPUNG KURNIA BUKIT PEKAN 31910 KAMPAR PERAK DARUL RIDZUAN
Jika terdapat sebarang masalah/cadangan berkaitan website 'Ainuddin sila hantar email melalui form dibawah, Terima kasih.