MAAHAD TAHFIZ 'AINUDDIN

MAIP: Bil(2)dlm.MAIPk/05-PD/492-AM

Ketahui Kami Lebih Lanjut

GALERI

Perkembangan terkini pembinaan Maahad Tahfiz 'Ainuddin

Tarikh kemaskini: 23 March 2024


MENGENAI 'AINUDDIN

Sosial Media
Logo
logo

Mengenai kami
Maahad Tahfiz ‘Ainuddin merupakan sebuah tahfiz yang dirancang berkonsepkan ilmu pengetahuan bukan sahaja dari aspek penghafalan Al-Quran tetapi kemampuan untuk memahami isi kandungan didalam al-Quran serta kebolehan untuk mengaplikasi pendidikan Al-Quran didalam kehidupan didunia. Keutamaan terhadap sistem pembelajaran di tahfiz ini berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta berpandukan hukum syarak dan ijma’ para ulama. Tetapi untuk memastikan tahfiz ini mampu melahirkan golongan yang mempunyai kekuatan intelektual dan berkemahiran pihak pengurusan tahfiz bercadang untuk menambahkan penekanan terhadap subjek akademik dan penambahan ilmu dalam bidang kemahiran dan teknologi.

Pemilihan nama 'Ainuddin Gabungan antara nama AI dan NORDIN yang merupakan nama arwah atuk dan moyang kepada keluaga yang peneraju Maahad Tahfiz ‘Ainuddin. Nama Ainuddin itu sendiri memberi makna yang KECANTIKAN AGAMA. Harapan dengan meletakkan nama ini, mudah-mudahan allah swt membuka pandangan, jiwa manusia untuk melihat kepada agama(DEEN) dengan kefahaman yang lebih mendalam, serta mengembangkan kecintaan kepada agama islam yang menjadi panduan kepada orang yang beriman di dunia ini.

Visi
Al-Quran dan Ilmu pengetahuan membangunkan kualiti generasi berkepimpinan.

Misi
Memperkasakan daya intelektual dan nilai kemanusiaan dalam diri setiap umat islam berpaksikan Al-Quran, As-sunnah dan hukum syarak serta Ijma’ para ulama.

Matlamat
• Melahirkan generasi muda yang tidak hanya menghafal Al-Quran, malah memahami dan mempraktikkan isi kandungan Al-Quran yang disampaikan dalam kehidupan seharian.
• Melahirkan generasi yang cintakan dan menghargai kepentingan ilmu untuk membentuk kesejahteraan dan keseimbangan hidup di dunia dan akhirat.
• Melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berkualiti serta mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan tamadun dimana islam berkembang tanpa meminggirkan teknologi.
• Menjadi tunjang kepada perkembangan ekonomi ummah.
• Menjadi satu badan yang bukan hanya membantu pelajar-pelajar tahfiz naungan malah memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
• Menjadi platform utama kepada pelajar lepasan tahfiz dan ahli persatuan dengan menyediakan jaringan maklumat dan peluang pekerjaan, sambung belajar atau perniagaan.

Harapan
Ainuddin pencetus melahirkan cendekiawan Islam di masa hadapan.

PAUTAN LAIN


MAAHAD TAHFIZ 'AINUDDIN

Gambar Maahad Tahfiz 'Ainuddin , 3 Februari 2024
Gambar Pusat

Pusat Pengajian

Lokasi: MAAHAD TAHFIZ 'AINUDDIN, LOT 38221 KAMPUNG KURNIA BUKIT PEKAN 31910 KAMPAR PERAK DARUL RIDZUAN

DERMA INFAK

Maklumat Tabung Derma
Gambar Tabung Derma
QR Tabung Derma

URUSETIA

Gambar urusetia bahagian pembangunan
urusetia1 urusetia2
urusetia3 urusetia4
urusetia5

Gambar urusetia bahagian information technology (IT)
urusetia6 urusetia7

Gambar urusetia bahagian management
urusetia8 urusetia9
Email

Jika terdapat sebarang masalah/cadangan berkaitan website 'Ainuddin sila hantar email melalui form dibawah, Terima kasih.